fbpx

Nurraysa

Vitamin C

Kepentingan Vitamin C

Ramai yang mungkin tertanya-tanya, apakah kelebihan dan kepentingan vitamin C namun tak kurang juga ada yang mempersolakan bahaya pengambilan vitamin ini yang berlebihan, apakah kesan sampingannya terhadap tubuh? Siapakah yang boleh mengambilnya tanpa mengakibatkan kesan negatif terhadap tubuh? Adakah sistem imunisasi tubuh boleh meningkat untuk melawan virus covid-19 yang sedang melanda dunia? Mari kita rungkaikan.

Pengaruh Vitamin C Menentang Covid-19

Dalam artikel kali ini, kita akan sama-sama rungkaikan, apakah kelebihan pengambilan vitamin C dan dalam pada masa yang sama, mencari kebenaran benarkah pengambilan berlebihan boleh membawa keburukan.

Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh

Sebelum kita bercerita panjang, mari kita semak kenapa tubuh kita perlukan vitamin C, dan berapa kandungan sebenar pengambilan yang disyorkan. 

Dos Minimum

Kumpulan Umur Dos Minimum
Bayi
0-5 bulan
25 mg
6-11 bulan
30 mg
Kanak - kanak
1-6 tahun
30 mg
7-9 tahun
35 mg
9-13 tahun
65 mg
Remaja
10-18 tahun
65 mg
Dewasa
-
70 mg
Wanita mengandung dan menyusu
-
80 mg
-
85 mg

Dos Maksimum

Kumpulan Umur Dos Minimum
Bayi
-
Tidak dapat
ditentukan
Kanak - kanak
1-6 tahun
400 mg
7-9 tahun
650 mg
9-13 tahun
1200 mg
Remaja
10-18 tahun
1800 mg
Dewasa
>19 tahun
2000 mg
Wanita mengandung dan menyusu
14-18 tahun
1800 mg
>19 tahun
2000 mg

(Sumber: http:/www.myhealth.gov.my/kepentingan-dan-ketoksikan-vitamin-c/)

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan di dalam tubuh dalam jumlah yang besar, sebarang lebihan akan disingkirkan sebagai bahan kumuhan melalui air kencing. Sesetengah haiwan menghasilkan vitamin C sendiri manakala manusia perlu mendapatkannya melalui sumber makanan seperti buah-buahan dan sayuran.

Antara buah-buahan dan sayur-sayuran sumber vitamin C adalah seperti:

  • Buah: Jambu batu, betik, buah sitrus(seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
  • Sayur: Brokoli dan tomato.

Menurut fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206mg vitamin C, manakala sebiji oren bersaiz sederhana mengandungi 59-83mg vitamin C.

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, ia juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu di dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada masa kini, penyakit skurvi jarang berlaku, dan gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku apabila pengambilan kurang dari 10 mg/sehari dalam masa beberapa minggu.

Disebabkan tubuh kita tidak mampu menghasilkan sendiri, maka pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tepat adalah sangat digalakkan bagi memenuhi fungsi tubuh kita.

Pantang Larang Yang Perlu Diambil Perhatian

Bukan semua jenis vitamin memberikan manfaat 100%. Terdapat juga pantang larang yang perlu kita ambil cakna agar kita dapat menjaga tubuh kita dari salah fahaman penggunaan vitamin tersebut.

1. Golongan Yang Tidak Sesuai Mengamalkan Vitamin C

  • Bagi pesakit darah seperti kekurangan Glukosa 6-fostat dehidrogenase (G6PDH) : Dos vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan hemolisis (kemusnahan sel darah merah).
  • Pesakit Hemochromatosis (keadaan yang menyebabkan badan menyimpan terlalu banyak zat besi) : Dos vitamin C yang tinggi boleh memburukkan lagi pengumpulan zat besi.
  • Penderita masalah batu karang yang berulang.
  • Pesakit buah pinggang atau mereka yang sedang menjalani hemodialisis yang kronik.
  • Golongan perokok, yang mengambil minuman beralkohol dan berkafein. Amalan ini boleh menganggu fungsi suplimen itu sendiri. 

2. Kesan Sampingan

Kesan sampingan ini biasa berlaku apabila kita mengambil dalam dos berlebihan yang disyorkan. Adalah penting untuk kita ketahui berapa dos minimum dan maksimum seharian yang sepatutnya kita amalkan. Antara kesan sampingannya adalah:

  • Gangguan pencernaan seperti cirit-birit, sembelit, sakit perut, mual, muntah dan kembung.
  • Pembentukan batu ginjal yang boleh menyebabkan batu karang juga boleh berlaku.
  • Gula dalam darah naik (ini kebiasaannya melibatkan suplimen yang dikeluarkan oleh pengeluar yang meletakkan kandungan gula yang tinggi ke dalam suplimen tersebut).

3. Kesan Ambil Dos Berlebihan

Jika terdapat pengeluar yang menawarkan suplimen vitamin C dengan kandungan vitamin itu sebanyak 1000mg, sebaiknya anda hindarkan. Ini kerana menurut penelitian dalam Journal of the American Medical Association (JAMA), tubuh kita hanya mampu mencerna 200mg pada setiap harinya. Lebih dari itu, tubuh kita tidak akan menyerap dan menjadi tidak berguna untuk sel-sel tubuh kita.

Justeru pengambilan dos yang betul, membantu kita untuk mengenalpasti keperluan tubuh badan kita yang sebenarnya.

7 Manfaat Pengambilan Suplimen

vitamin C

Baiklah, sekiranya anda tertanya-tanya, begitu banyak pantang larang dan kesan sampingan, apakah sebenarnya manfaat pengambilan suplimen ini? Baiklah di bawah ini ada disenaraikan kelebihannya:

1. Mematikan Sel Kanser

Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ianya didapati bahawa dengan ciri-ciri antioksida ini merupakan sebuah bahan dalam membantu mematikan sel kanser. Oleh itu, ianya lebih baik untuk diamalkan setiap hari untuk mengelakkan penyakit berbahaya seperti kanser.

2. Penghasilan Kolagen

Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Oleh itu, ianya dinasihatkan untuk mengambil dalam bentuk suplimen supaya kesan penghasilan kolagen dapat berterusan berlaku dengan lebih cepat menerusi kaedah suplimen ini.

3. Membantu Penyerapan Zat Besi

Fungsi zat besi adalah untuk membentuk hemoglobin. Dengan hemoglobin, tubuh akan mendapat oksigen yang mencukupi. Makanan yang kita makan bukan sahaja memberi kesan kepada berapa banyak zat besi yang mampu diserap. Ini kerana, tak semestinya setiap zat besi yang terdapat dalam makanan dapat diserap ke dalam badan. Vitamin C terbukti membantu penyerapan zat besi yang diperlukan dalam badan.

4. Meningkatkan Sistem Imunisasi

Vitamin C mempengaruhi beberapa komponen dalam sistem imunisasi dengan meningkatkan jumlah dan kualiti sel darah putih. Ia meningkatkan peranan kulit sebagai sitem pertahanan dan melindungi sel dalam sistem imunisasi serta bertindak sebagai antibodi.

Selain bertindak balas dengan mikronutrient dengan menghalang kesan negatif disebabkan oleh radikal bebas dan meningkatkan fungsi sel imun, ia juga turut menghalang sistem imunisasi daripada terlalu aktif yang akan menyebabkan kerosakan tisu.

5. Masalah Penglihatan Golongan Tua (Age - Related Macular Degeneration; AMD)

Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplimen kesihatan tersebut di atas.

6. Selesema

Vitamin C sangat popular untuk dikaitkan dengan selsema. Bagaimanapun semakan pelbagai kajian tiada membuktikan ia bertindakbalas secara langsung untuk menyembuhkan selsema. Namun pengambilan suplimen ini secara berterusan dapat mengurangkan tempoh dan keterukan tahap selsema seseorang itu. Malangnya pengambilan selepas dijangkiti selsema tidak akan memberikan kesan secara langsung terhadap pesakit. Jadi perlu diingatkan bahawa ia adalah makanan tambahan dan bukannya sejenis ubat.

7. Pembaikan dan Penyembuhan Tisu

Proses pembaikan dan penyembuhan tisu memerlukan penghasilan kolagen dan juga serat untuk memberikan kekuatan kepada tisu yang telah rosak. Kajian terhadap haiwan menunjukkan bahawa tisu yang telah rosak kembali tegang apabila diberikan vitamin C.

Ini kerana, vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan kolagen pada bahagian luka atau bahagian yang terbakar selepas menjalani pembedahan. Oleh itu, kita disarankan untuk mengambil minimum 90mg untuk mempercepatkan proses menyembuhkan luka.

Kaitan Dengan Covid

covid 19

Menurut kajian klinikal yang dilakukan di China, kajian klinikal pertama menilai keberkesanan vitamin C dengan memberikan dos 2400mg sehari untuk rawatan 7 hari pesakit, berikut adalah apa yang mereka simpulkan:

“Vitamin C bukan rawatan standard yang diiktiraf untuk covid-19 sekarang, walaupun dos tinggi vitamin C intravena sedang diuji sama ada dapat meningkatkan fungsi paru-paru pesakit covid-19, tiada bukti suplimen vitamin ini yang jenis oral dan dos tinggi mencegah terkena penyakit ini”

Namun begitu, beberapa kajian menunjukkan rawatan intravena vitamin C dengan dos tinggi dapat kurangkan tempoh unit rawatan rapi (ICU) diterima pesakit radang paru-paru, sebanyak 8% dan 18.2% kurangkan tempoh pesakit menerima alat bantuan pernafasan. 

Justeru pengambilan vitamin C secara berterusan amat digalakkan kerana ia dapat meningkat sistem imuniti tubuh kita seterusnya melawan virus yang menyerang. Ini kerana dalam kajian lain menunjukkan suplimen ini tidak mencegah jangkitan selesema tetapi dapat mempercepatkan penyembuhan.

Tips Mendapatkan Produk Vitamin C terbaik di Pasaran

Sebagaimana yang kita ketahui, berdasarkan fakta-fakta dan kajian-kajian yang telah kita rungkaikan di atas, 1 faktor penting yang kita perlu titikberatkan adalah pengambilan dos yang betul adalah paling disarankan agar kita semua mendapat manfaat dari suplimen tersebut.

Adakah Pengambilan 1000mg Sehari Wajar?

Pada masa ini, saat anda telah membaca sehingga ke bahagian terakhir artikel ini, saya pasti anda telah pun mengetahui bahawa paling minimum manusia perlukan 90mg sehari dan paling maksimum 1000mg – 2000mg sehari. Namun terdapat juga fakta yang mengatakan tubuh kita cuma akan menyerap 200mg sahaja sehari dan selebihnya akan dikeluarkan sebagai bahan kumuh.

Nurraysa ada mengeluarkan produk Vita C  yang mengandungi 300mg per tablet. Dengan pengambilan satu tablet sehari, pengambilan vitamin C untuk tubuh anda sudah lengkap dan tiada lagi pembaziran melampau sebagai bahan kumuh.

Vitamin C Nurraysa
Vitamin C keluaran Nurraysa

Kelebihan Vita C

Jom kita lihat sama-sama perkongsian Nana tentang Vita C ini.

kandungan bahan
Kandungan bahan dalam Vita C

Kandungan Vita C keluaran Nurraysa diekstrak oleh 4 bahan penting iaitu:

  1. Buah oren – membantu meningkatkan daya imunisasi badan
  2. Madu – Membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolism tubuh
  3. Acerola Ceri – Bertindak sebagai antioksidan
  4. Kurma – Melindungi sel-sel dari radikal bebas.

Vita C ini boleh didapati dengan harga serendah RM19.90 sahaja sebotol dan terdapat promosi yang sedang berlangsung yang mana anda boleh dapatkan Self Test Kit untuk mengesan samada ada terjangkit covid -19 ataupun tidak secara PERCUMA untuk PAKEJ PROMOSI 20 BOTOL, namun tawaran ini mempunyai tempoh yang terhad. Klik pada butang di bawah untuk mendapatkannya segera:

#LindungDiriLindungSemua

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Shopping Cart